Thursday, May 31, 2012

Muslimah Empowered


Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya kan, saya selalu rasa semakin banyak ilmu dituntut, saya rasa makin kerdil diri saya dalam mendalami ilmu, terutama sekali ilmu Agama. SubhanaAllah sememangnya ilmu Allah itu memang luas. Saya pasti ramai yang berpelajaran tinggi, ke menara gading malah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang. Saya terfikir, sejak kecil digalakkan menuntut ilmu, tapikan sejauh mana ilmu itu saya manfaatkan untuk  masyarakat dan sejauhmana pula saya amalkan ilmu itu. Itu yang saya fikirkan. Waallahualam.  

Seronok bila ilmu yang kita dapat, kita dapat amalkannya kerana ilmu tanpa amal tiada gunanya bukan? Seronok jika ilmu itu disebarkan dan dikongsikan bersama, malah dijanjikan lebih banyak ilmu yang akan kita akan dapat. Apatah lagi jika mengajak orang lain untuk ke majlis ilmu, berganda manfaatnya! In sha Allah.  Jadi saya ingin kongsikan bersama awak semua tentang satu conference iaitu Muslimah Empowered yang akan berlangsung pada 30 Jun 2012 (Ahad) di MATRADE Exhibition and Convention Centre (MECC). Bila tengok topik-topik dan para speaker jemputan, saya terus kata, "I want to go. MUST!" In sha Allah.




Untuk keterangan lebih lanjut mengenai conference ini, boleh klik disini.  Jom ramai-ramai!. Oh ye tiket juga boleh di beli secara online tau, mudah kan! Ajak kawan-kawan juga sebab pembelian lebih daripada 5 tiket, anda boleh dapat diskaun 10% :) 

“A Muslimah Empowered, A Community Inspired” 

Jumpa disana!
In sha Allah 










1 Orang yang berbesar hati komen, thank you!:

Asikin Izas said...

Saya pun rasa mcm tu juga..semakin byk belajar semakin byk yg rasanya xtahu..dan rasa semakin kerdil diri ini..:)

 

Copyright © Nanie Hussin 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.